Isteri Separuh Masa - Suri Ryana
Harga Asal : RM 22.00
Harga Jual : RM 14.00
Sinopsis :
Bagi
Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima
kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan
‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin,
tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka
menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka
berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.
Dapatkah
anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran?
Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan
seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran
bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan
hasrat nenek.
Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak
pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis
itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani
dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan
Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu,
tetapi masih juga gagal.
Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani
bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin
Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang
diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal
sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama
mereka.
Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?
Demi
cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada
lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya
dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.
Tetapi,
sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung
tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam
perkenalan daripada Zafril?
Kehadiran bunga-bunga orkid misteri
berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin
bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa
sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina
Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan