Sepupuku Suamiku - Lynn Allyna
Harga Asal : RM 19
Harga Jual : RM 12
Sinopsis :
Nana menyintai dalam diam sepupunya sendiri, Hisyam. Pertunangan
Hisyam dengan kekasih hatinya, Hani telah meremukkan hati Nana lantaran
dia tidak dapat menerima yang Hisyam akan menjadi milik orang lain.
Namun, tanpa diduga, pertunangan Hisyam dan Hani terputus di tengah
jalan pada hari-hari terakhir mereka akan diijabkabulkan kerana
kecurangan Hani yang beralih arah kepada seorang lelaki yang bergelar
ahli perniagaan. Untuk menutup rasa malu keluarga, Nana diminta menjadi
pengganti Hani pada majlis pernikahan itu.
Alam perkahwinan yang
dikecapi oleh Nana dan Hisyam menuju ke puncak bahagia. Mereka saling
mencintai dan saling memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi,
panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.
Kebahagiaan yang dikecapi telah diduga dengan penderitaan yang
bertimpa-timpa tanpa sempat ditepis satu per satu.
Johan, yang sedari
dulu sangat mencintai Nana, berazam untuk memiliki Nana walaupun Nana
sudah menjadi isteri orang. Pelbagai cara digunakannya untuk mendapatkan
hati Nana yang keras itu.
Hani pula muncul kembali, menagih semula
cinta Hisyam. Terbit sesalan di hatinya kerana terlalu tamak mengejar
kekayaan sehingga memutuskan pertunangan dengan orang yang sangat
dicintai. Kali ini Hani nekad untuk memastikan Hisyam berada di dalam
genggamannya.
Malang bagi Nana yang kehilangan anak dan
perkahwinannya. Titik hitam itu membuatkan Nana hilang kekuatan untuk
hidup. Manakala hidup Hisyam pula menjadi tidak tentu arah apabila dia
memilih untuk bersama dengan Hani. Dia kehilangan sinar di dalam
hidupnya, dia kehilangan Nana….
Adakah Nana dan Hisyam dapat bersatu
kembali? Adakah mereka dicipta untuk hidup bersama? Atau… adakah mereka
ditakdirkan hanya untuk menjadi sepasang sepupu yang sejati?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan